CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, January 1, 2008

cuti..


esok, alin bakal pulang semula ke ipoh..menyambung pengajian untuk semester yang ke5. inilah kali pertama hati merasa begitu berat sekali untuk pulang ke ipoh...kebiasaannya alin pasti sangat teruja untuk kembali bersama dengan rakan-rakan di sana. tetapi kali ini perasaannya berlainan sekali..ingin sahaja dihentikan masa agar alin boleh sahaja terus berada di rumah menyambung cuti..

inilah kali pertama hati merasa ingin segera tamat pengajian agar boleh terus-terusan melakukan tugasan yang alin lalui sepanjang cuti...
alin bersyukur kerana sepanjang cuti ini pelbagai pengalaman telah alin timba... terlalu banyak..

Allah maha mengetahui... Allah sebaik perancang... itulah yang sebenarnya...


alin rasakan seolah-olah segala yang berlaku sepanjang cuti ini seperti sudah diatur dengan begitu rapi sekali..seolah-olah segala yang berlaku sudah dirangka berbulan-bulan sebelum cuti, namun hakikatnya tidak sama sekali... dan perkara yang paling utama adalah segala yang berlaku, segala yang alin lalui dan jalani sepanjang cuti ini..kesemuanya..menjurus kepada SATU.

bermula dari hari pertama cuti (sabtu), pertemuan di rumah puan che rahimah, perbincangan dengan puan mahaya, kemiskinan di bachok, penganjuran kursus para kaunselor, perkenalan dengan MAIS, PERKIM dan SAHABAT hospital..penyertaan di kem pjkn, penyertaan dalam yayasan salam, rakan muda dan sehingga hari ini, waima di hospital sekali pun...segalanya seperti dirancang..segalanya berkait rapat...segalanya mempunyai pertalian... segalanya terarah kepada matlamat yang satu itu...

alhamdulillah...penghujung tahun alin berjaya ditamatkan dengan sesuatu yang bermakna... berharga... mungkin ini merupakan bantuan Allah kepada alin dalam usaha melihat dan bergerak ke arah matlamat alin itu...dan ya, semoga satu hari nanti alin berjaya. insyaAllah~

semoga 2008 bakal menambahkan lagi sinar buat hidup ini...
dan kini alin ingin meneruskan lagi cuti alin... berat rasanya hati untuk kembali ke ipoh... semoga peluang seperti ini akan ada lagi buat diri... alin menanti kemunculan cuti seterusnya~ =)


~** andai fasih dalam berbicara,
biar ikhlas dari hatinya **~

1 comments:

Qahira Khodijah said...

alin, terujanye bace xperience alin during ur holiday...hope. mine also the same hehehe...
btw, hepi studying again...=)