CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, January 1, 2008

jamilin rasyida

...wei, igt suraya kat pjkn? dia keje skrg. tp alhmdlillh, da pakai tdg ;o) sama2 la kta doakn kebaikn utk dia... = adah =

...hari ni shift petang..ms first nk pakai 2dung, mak mcm buat muke sket tp lama2 dia pon pakai skali, pas2 adale sket dugaan, ms nk cr keje, ada la seorg hamba Allah suruh che bukak 2dung kalu nk keje dgn dia... = suraya =


bahagia rasanya pagi ini apabila celik sahaja mata, terus terima perkhabaran gembira daripada adah tentang adik kami di pjkn itu..suraya...meski hanya baru berusia 17 tahun tetapi pemikirannya melangkaui umur biologinya.. =)

suraya dan farhana..

kedua-dua adik ini merupakan teman satu dorm dengan alin. meski jika dilihat secara fizikal mereka seperti kurang mendapat didikan agama, tetapi hati mereka lembut, bersih...mudah dibentuk... seronok mengenali mereka. teringat peristiwa sewaktu hari pertama di kem yang mana pada ketika itu semua berpakat untuk solat di dorm sahaja kerana ingin mengambil masa untuk mengemaskan pakaian masing-masing, terus farhana membantah dengan lembut. katanya, "ey, janganlah sembahyang kat dorm. jomlah kita pergi surau, boleh sembahyang jemaah~".


alin kagum tetapi tidak terkejut kerana alin sendiri punya beberapa teman seperti ini...di luar nampak kurang, tapi di dalam punya ilmu...kurang pengamalan.

alin rasa sangat rindu untuk bertemu dengan mereka tika ini..sangat-sangat..


ingin sekali melihat wajah comel mereka dengan tudung~ alhamdulillah...mereka merupakan antara insan yang dipilih Allah untuk mendapat pencerahan di kem pjkn..inilah antara kem yang banyak menekankan aspek rohani.. agama sangat diberi keutamaan... di peringkat permulaan kem lagi, peserta perempuan diwajibkan memakai tudung dan dilarang berpakaian ketat yang boleh menampakkan susuk tubuh...peraturan yang menarik perhatian alin adalah "kumpulan yang mana ahlinya didapati melanggar etika berpakaian yang digariskan akan ditolak markah".


mungkin pada peringkat awal, kita akan lihat niat mereka ini memakai tudung adalah kerana terpaksa demi menjaga reputasi kumpulan tetapi dengan santapan rohani yang melimpah ruah sepanjang sepuluh hari di kem yang dikendalikan dengan begitu baik sekali oleh ustaz kamaruddin, alin yakin mereka mampu menilai sendiri tindakan mereka. insyaAllah... dan hasilnya juga boleh dilihat pada suraya.. alhamdulillah =)


bak kata adah... "seronoknye kem 2! nnt if ade pape prog, aku bgtau korg bertige k. nasib baik ada korg, ada gak geng aku join xtvt luar cam2 =) thanks korg =)"

itu jugalah yang alin rasa... setiap hari alin pasti terkenangkan kenangan-kenangan di kem... banyak alin belajar di sana... alin rindu... itu merupakan memori berharga buat diri alin. segalanya~

p/s: suraya, mesti PUAN CHE PUN bangga lihat anak angkatnya sekarang! ehehehe =)


~** andai fasih dalam berbicara,
biar ikhlas dari hatinya **~

0 comments: