sedang diri sibuk mengemaskan rak buku yang sarat dengan pelbagai jenis bahan bacaan itu, tiba-tiba terjumpa buku catatan lama yang berlabel tahun '2002'... sudah 5 tahun rupanya buku itu bermastautin di situ... buku catatan seperti itu biasanya alin isi dengan input-input baru yang alin dapat tidak kira di mana-mana kerana buku itu pernah menjadi teman setia alin ke mana sahaja..
alin selak helaian demi helaian kertas di dalam buku catatan lama itu.. tiba di satu halaman, mata terpaku pada tulisan-tulisan di atas permukaan kertasnya... terdapat beberapa petikan kata daripada tokoh terkenal yang alin tulis di situ... timbul keinginan pada minat lama... =) muncul rindu pada diri yang lama~ =)
*** *** *** *** *** ***
...manusia berjalan di atas imannya. imannyalah yang akan membawa dirinya sama ada untuk berjalan ke kanan atau ke kiri...
...barang siapa yang hendak menjadikan dirinya sebagai seorang pemimpin (dalam maksud yang luas - agen pengubah), hendaklah ia mendidik dirinya terebih dahulu sebelum mendidik orang lain, memberi contoh amal dan perlakuan terlebih dahulu sebelum mendidik dengan lidah dan ucapannya. orang yang terpuji ialah orang yang mampu mengajar dan mendidik dirinya terlebih dahulu...
1 comments:
nice blog~!baru terjumpe blog alin,.
Post a Comment