CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, February 10, 2008

berubah itu bukan mudah

…kaklin, mak xbg org beli novel.. mak xnk bg duit da.. waa.. tensen...

...bace lah online, lg jimat.. cuti ni teman akak buat asgmnt kat nat lib... bace lah novel kat sane kalo nak...

...bkn blh kuar pun..ko bwk lah novel blk, sblm org jd btmbh sakit ati kt umah ni...

...akak nak bwk blk keje asgmnt..beg da berat. ko bace quran lah, tenang jiwe..insyaAllah ati jadi sehat...

...uiks perli wo0o..td pon sdey2 tros smyg. Kalo x mmg nangis...

...Ko bace lah buku akak yg berlambak kat umah tu..bace sume yg faisal punyer dulu...

...dah..puisi esdyzuar best. ko ckp mmglah senang, bile jd kat ko br tau...

...btol lah ape mak ckp tu.. novel ko tu picisan. Kurg content ilmu... kan lg elok bace yg sastera? =)...

...bile ko minat, ko kesah ke sume tu? Skadar nak isi masa, novel picisan tu lah org bace.. bkn blh ubah dlm sehari...


...mmg tak blh ubah dlm sehari..tp tak mustahil utk berubah kalo usehe =)...



Adik kesayangan yang seorang ini sedang dilanda masalah jiwa... mak mula menyekat ruang kebebasannya untuk membaca novel-novel ringan yang menjadi darah dagingnya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Ya, dia berbeza dari kami yang lain. Zamannya lebih ‘advance’. Jika alin mula mengenali novel cinta sewaktu usia mencecah 14 tahun, zimah sudah mula membacanya seawal usianya 11 tahun. Didorong oleh minat kaklong yang turut sama frekuensinya, kedua beradik ini mula mengumpul koleksi novel mereka hingga penuh ruang kamar tidur kami.


Kadang kala alin juga terfikir, apa yang menyebabkan adik ini begitu sukar untuk berpisah dengan novel-novelnya? Kerana alin juga melalui zaman sepertinya tetapi tatkala diri berada di tingkatan 3, stamina membaca buku genre tersebut berkurangan dan terus perlina. Jika diteliti, jalan cerita bagi setiap buku hampir serupa malah sudah boleh dijangka kesudahannya. Alin mula beralih minat kepada buku-buku motivasi serta bahan bacaan bahasa inggeris. Apa yang menyebabkan adik ini semakin kuat ketagihannya?


Faktor rakan sebaya mungkin..keluarga juga mungkin, kerana kaklong juga turut punya minat yang sama. Jika dirujuk kepada artikel dalam akhbar Siasah 20-26 Januari 2008 bertajuk ‘Bancian Tahap Membaca Mahasiswa: Petanda Budaya Ilmu Kian Pudar’ :

“Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar, berdasarkan satu kajian, jumlah buku yang dibaca oleh pelajar Australia ialah 180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah). Namun, mahasiswa Malaysia hanyalah berjumlah 12 buah buku selama tiga tahun pengajian.”


Jumlah buku yang dibaca oleh kelompok remaja kita berada pada tahap yang paling rendah. Sudahlah bilangan bukunya sedikit, kualitinya pula masih boleh dipertikaikan. Apa yang boleh diharapkan jika buku yang dibaca hanya seputar hal remeh temeh. Inilah yang cuba untuk alin elakkan dari diri sendiri serta adik kesayangan yang bakal melangkah ke alam menara gading tidak lama lagi.


Al-Biruni masih tetap bertanyakan soal keilmuan meskipun sewaktu beliau sedang sakit. Ulama, Al-Jahiz meninggal dunia dek tertimbus oleh timbunan buku-buku miliknya sendiri. Lebih menarik, seumur hidup Ibn Rusyd hanya dua hari beliau meninggalkan ilmu iaitu pada hari kematian bapanya dan pada hari pernikahannya. Sebaliknya kita seumur hidup mengabaikan ilmu melainkan menjelang peperiksaan dan sewaktu dipanggil temuduga pekerjaan. =)


“budaya ilmu dan tamadun yang lahir darinya adalah berkait rapat dengan sistem nilai (aksiologi), pandangan alam (world view) dan idealisme sesebuah sistem sosial dan individu yang berada di dalamnya”

– Prof Wan Mohd Nor Wan Daud



~** andai fasih dalam berbicara,
biar ikhlas dari hatinya **~

1 comments:

mesyuaratingkap said...

tidak2,,dlm byk2 post..ur point of view agak bercanggah dgn mine..hihi 2 me,xsalah utk membaca bahan2 picisan ni,terpulanglah pd zimah sendri,kalo minat ni dh ke situ kite support la..at least plg kurg dia membaca..n sapelah kita utk menilai sesuatu karya sastera itu picis atau tidak?? kalo la picis sgt pn, itu pada pendapat kita..tanam dan pupuk minat membaca 2 lg penting kot..sumtimes, bende yg awk rasa temeh picis 2 la sumthing yg kita xdpt dlm buku2 "berat" ni..huhu dan itu terpulang lah pd pembaca 2 sendri..ni same je kes dgn gila bace komik(sbb saya pn stil membaca hihi)xsalah,tp jgn la sampai keterlaluan dan tak bce yg laen2 kn..hihi ;p

itu jela komen seposen dr saya insan biasa