CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, January 18, 2008

kekal, turun atau keluar?

ini alkisah yang tersepuk berkurun di sudut hati...

mungkin ini bukan perkara yang menjadi permasalahan alin seorang... mungkin ini turut dihadapi dan dirasai yang lain tapi alin tidak mahu ambil kisah hal itu. yang penting diri ini.. hati ini... komitmen yang bakal diberikan... serta kekuatan jiwa yang bakal dipertaruhkan..

memegang jawatan setiausaha Jawatankuasa Kerohanian bukanlah semudah memegang jawatan setiausaha jawatankuasa yang lain. mungkin ada yang kurang bersetuju..tetapi itulah yang alin rasakan..dan itu jugalah yang alin bangkitkan dalam mesyuarat lewat tahun lalu..bukan mahu mengeluh jauh sekali mahu menyesali nasib. malah alin bersyukur kerana dipilih Allah untuk berada dalam kelompok mereka. Sekurang-kurangnya alin yakin berdampingan dengan mereka semua mampu menyelamatkan diri ini.

cuma, alin kurang yakin posisi alin ini sesuai atau tidak.. untuk berada di atas, individu dilihat sebagai pemimpin.. pemimpin sinonim dengan gelaran 'role model'.. menyedari diri yang masih belum jelas fikrahnya, lantas alin tertanya sendiri.. adakah pelantikan alin selaku Setiausaha Jawatankuasa Kerohanian dilihat berdasarkan kemampuan alin dalam melakukan kerja-kerja pengurusan atau kejelasan fikrah alin? alin yakin semua orang mampu melakukan tugas, tetapi untuk berjalan di atas jambatan Islam bukan semua cemerlang.. itu yang membezakan jawatankuasa ini berbanding yang lain..alin tak mampu menjadi contoh yang baik, adakah patut untuk alin berada di atas? bukankah lebih baik alin berada di bawah...?

dek kerana lembut hati dengan kata-kata pujukan along, alin tetap bertahan dengan harapan melalui ini, alin mampu bimbing diri ke arah kebaikan. Alhamdulillah, dengan kemasukan lebih ramai ahli baru, surau kelihatan lebih bermaya berbanding suatu masa dahulu yang sepi. kini timbul semula persoalan dalam diri, perlukah alin terus kekal di atas... atau perlukah alin memberi ruang dan peluang kepada mereka yang nyata lebih jelas fikrahnya untuk berada di atas?



jika diikutkan, alin mahu cuba belajar untuk bekerja di bahagian yang baru selain kesetiausahaan... mahu timba pengalaman sebanyak mungkin semasa masih bergelar pelajar ini... teringin juga mahu menguruskan hal penerbitan mahupun multimedia.. atau pun helwi? tapi, alin merasakan fikrah alin tidak cukup untuk alin berada terus dalam jawatakuasa ini.. alin bukanlah contoh yang baik.. lantas, perlukah alin memutuskan diri untuk berundur dari memegang sebarang jawatan?

kata-kata ehsan menjelaskan pendiriannya. ah, itu dia.. alin tidak sebaik dia.. alin belum pasti mampu mencapai ke tahap yang dikatakannya.. mungkinkah? tetapi alin tahu, berada dalam kelompok jawatankuasa ini sedikit sebanyak mampu megawal tingkah laku dan pemikiran diri.. itu juga memberi semacam halangan untuk alin keluar dari kelompok mereka. apakah alin mampu memberi jaminan kepada diri, bahawa alin mampu mengekalkan apa yang alin ada sekarang malah meningkatkannya lagi jika alin keluar nanti? mampukah alin menunaikan janji alin untuk membantu mereka dari belakang tanpa sebarang komitmen yang mengikat alin? alin hanya manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.. manusia yang setia mengukir janji tetapi jarang mahu menepati.. mampukah alin?

pernah juga meluahkan hal yang sama pada kak aishah tempoh hari sewaktu berkumpul di rumah puan che rahimah... kata kak aishah, "kadang-kadang kita perlu ingat, kita dilantik kerana Allah yang memilih kita".. ada benarnya juga kata-kata kak aishah. tetapi untuk kes alin ini, benarkah alin dipilih? ini ujian Allah buat diri... minda masih tidak penat berfikir...dan terus berfikir... mencari jawapan seterusnya tindakan yang bakal diambil sementara menanti waktu yang bakal tiba...

semoga Allah membantu...


~** andai fasih dalam berbicara,
biar ikhlas dari hatinya **~



0 comments: