CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, December 28, 2007

al kisah suatu malam

suatu malam di dalam satu wad neurologi...

almaklumlah bila sudah disebut neurologi, perkara pertama yang perlu diketahui..kes-kes yang dikendalikan melibatkan saraf.. dan dalam wad yang satu ini ada lima pesakit yang kesemuanya ada masalah dengan otak mereka sambil ditemani penjaga masing-masing.

nak dijadikan cerita, penjaga yang menemani pesakit di wad neurologi itu rata-rata mahu kerusi tambahan demi keselesaan mereka sewaktu tidur..tiba-tiba datang seorang jururawat menghantar sebuah kerusi plastik ke wad neurologi yang dingin itu..apa lagi, berlari-lari manusia yang pelbagai saiz dan umur demi mendapatkan kerusi yang satu itu...

tiba-tiba seorang pesakit india di wad itu bersuara dan ayatnya kedengaran aneh sekali. katanya, "apalah ini orang...itu bukan kerusi politik mahu kasi rebut-rebut. sikit punya hal sudah tak mahu bincang, rebut jugak..pemimpin apa buat?"

lalu, jawab seorang remaja perempuan yang menyaksikan kejadian itu dalam hatinya, "loh..bila masa pulak orang kata itu kerusi politik? nak kerusi untuk duduk pun salah? inilah masalahnya bila orang yang bergelumang dengan politik dah sakit otak. semua dia nampak politik...aduhai~"

manusia-manusia yang berlarian tadi terkedu seketika...tersenyum sumbing menahan gelak. manusia memang dicipta pelbagai.. =D


~** andai fasih dalam berbicara,
biar ikhlas dari hatinya **~

3 comments:

Anonymous said...

hehehee...ape daa..

mesyuaratingkap said...

perception yg berbeza dlm melihat sesuatu yg sama adalah "keunikan" kurniaan yg maha Esa

ALINadnan said...

ye betooool~~ =)